My Team

Tuesday 19 April 2011
Ada kalanya terasa gembira dan ada kalanya terasa kehilangan. Datang dan pergi seseorang insan adalah ketentuan ilahi. Tapi apa akan jadi kepada team training ini. Hampir keseluruhan telah meninggalkan team atas urusan lain. Bagaimana masa akan datang? Adakah akan datang mereka yang terbaik dari yang terbaik? Hanya berserah kepada Ilahi. Semoga perjalanan Team ini akan lebih dipermudahkan.

Berhati-hati di jalan raya

Sunday 17 April 2011
Kenapa ada sesetengah pemandu-pemandu treler yang membahayakan nyawa sendiri dan orang lain? Apa yang dilalui hari ini sungguh mengerikan sebuah treler yang dipandu laju dengan muatan yang lebih. Pesanan kepada semua pemandu treler berhati-hatilah semasa memandu. Jasa anda semua dihargai kerana menghantar keperluan kepada rakyat. Tetapi janganlah sampai jasa anda dipandang serong oleh rakyat.

Result

Saturday 16 April 2011
Dua keputusan penting yang patut dilihat hari ini. Pertama keputusan Semi-Final English FA Cup Manchester United vs Manchester City. Man City berjaya menewaskan Man Utd 1-0. Kedua keputusan pilihanraya Negeri Sarawak. Barisan Nasional berjaya mengekalkan pemerintahannya di Sarawak. Nampaknya rakyat Negeri Sarawak telah membuat keputusan bijak. Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Tahniah BN dan Sarawak.